Masuk U – Kursus Apa-Yang-Bagus?

"Saya tak tau nak pilih kursus apa Cikgu?"

Dilemma pelajar lepasan SPM dalam membuat pilihan kursus ke Universiti Awam atau Swasta ini bukan isu baru. Dari dulu lagi cerita tidak tahu pilih kursus yang sesuai menjadi tekanan kepada pelajar. 

Ramai yang berjumpa saya akan timbulkan soal ini. Saya boleh bagi panduan tetapi ia bukanlah muktamad kerana ‘rela atau tidak’ itu terletak pada diri masing-masing. 

Pastinya perkara-perkara di bawah ini diberi perhatian 

  1. Semak syarat kemasukan semua Universiti Awam dan Swasta
  2. Padankan dengan keputusan SPM atau STPM
  3. Buat Penilaian Semua Universiti
  4. Pilih kursus yang diminati
  5. Pilih kursus yang ada kerjaya

Perubahan dari Mudah dapat kerja ke Menganggur

Di zaman 80an, biasanya ‘kerja mencari siswazah’ kecuali semasa kegawatan 1987-1990. Di era 90an, siswazah mula kena bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. namun kerjaya masih banyak dan konvensional. Lulusan Universiti tidak semua dapat kerja yang diinginkan. Ini mungkin kerana pilihan kursus masing-masing. Ada kursus yang ‘demand’ dipasaran dan ada yang tidak. Saya tak mahu sebut kursusnya, nanti ada yang kecil hati.

Menjelang tahun 2000 ke atas, isu pengangguran siswazah mula mengambil tempat. Ramai yang tidak bekerja atau tidak dapat kerja, atau bekerja dalam kerjaya bukan pilihannya. Laporan akhbar dan media elektronik membuktikan. Carilah pautannya dalam google.  

Pada masa ini ramai yang berkata bahawa kerajaan gagal sediakan peluang pekerjaan secukupnya, ada yang kata sesetengah lulusan itu lulus dalam bidang yang tiada masa depan, tiada pekerjaan.

Tiada gunakah masuk U tapi keluar tiada kerja untuk menjadi pekerja yang dapat gaji bulanan?

Jawapannya TIDAK dengan syarat anda memilih kursus yang ADA KERJAYA masa depan.

PILIH KURSUS YANG ADA KERJAYA MASA DEPAN

Para Pelajar atau ibubapa perlu faham bahawa sekarang ini dunia tiada sempadan. Oleh itu bidang kursus yang yang dipilih oleh anda mestilah kursus yang mempunyai kriteria berikut:-

  1. Diperlukan dalam dunia moden dan dunia konvensional
  2. Dapat bekerja dalam sektor Awam dan Swasta.
  3. Boleh diperkaya atau ditambah kelulusan ijazah, sarjana secara maya.
  4. Diperlukan walaupun sewaktu ekonomi merudum
  5. Boleh di tukar-ganti (cross-career) dalam mana-mana industri
  6. Boleh buat duit sendiri pada bila-bila masa

KPJ UNIVERSITY COLLEGE MENYEDIAKAN KERJAYA YANG SENTIASA 'DEMAND"

Kriteria 1Diperlukan dalam dunia moden dan dunia konvensional

Kursus-kursus Sains Kesihatan peringkat Diploma dan Ijazah di KPJUC dan Pengurusan Kesihatan seperti

Kriteria 2Dapat bekerja dalam sektor awam dan swaswta. 

Ya, Lulusan kami boleh memilih kerana kami memang menyediakan pekerjaan untuk lulusan KPJUC dengan beberapa syarat mudah dan sesuai. Kami mempunyai 25 buah hospitalyang menyediakan peluang latihan dan kerjaya kepada lulusan kami. 

Kriteria 3Boleh diperkaya dengan kelulusan tinggi

KPJUC memang menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang itu. Sila lihat kursus-kursus yang kami tawarkan untuk menjadi profesional dalam bidang Sains Kesihatan.

Kriteria 4 – Perlu waktu ekonomi merudum

Bidang Sains kesihatan memang diperlukan sewaktu ekonomi baik atau merudum. Manusia sakit tidak mengira waktu, maka anda juga diperlukan sepanjang masa.

Kriteria 5Tukarganti Kerjaya

Anda bebas. dengan kelulusan yang anda ada, anda boleh berkejaya dalam sektor swata atau kerajaan, dalam pelbagai institusi dan industri. Diploma in Health Information management memberi kelebihan kepada anda untuk bertugas dimana-mana hospital dalam dan luar negera.

Kriteria 6 Boleh Buat Duit

Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang anda membuat duit. House to house Physiotherapher, Membuka farmasi sendiri, menjadi penasihat farmasi, membuka klinik sendiri, membuka firma dan lain-lain pada bila-bila masa yang sesuai.

CADANGAN KAMI.

Bukan sekadar mempromosi kursus-kursus di KPJ University college, malah kami juga memang telah  membuktikan bahawa lulusan KPJUC sentiasa dibantu untuk mendapat kerjaya dan mengembangkan kerjaya bersama kami. Mohon lah segera jika anda seorang yang memikirkan ke Universiti bukan sahaja untuk mendapat ilmu tetapi ia adalah perancangan KERJAYA MASA HADAPAN ANDA.

klik foto ini untuk perinciannya

584total visits,6visits today