Categories
Nursing Pharmacy Uncategorized

Jemputan

Salam Sejahtera Para Lepasan SPM dan STPM 2020

Apa khabar Anda Semua? Saya harap anda sihat sejahtera sementara menunggu keputusan SPM anda sedikit masa lagi. Semoga anda mendapat kejayaan yang cemerlang. Anda wajar terus membaca maklumat dibawah ini.

Saya perjelaskan bahawa KPJ University College sedang membuat Pengambilan bagi Kemasukan FEBRUARI, JULAI DAN SEPTEMBER bagi Kampus Induk Kota Seriemas, Negeri Sembilan, JB dan PENANG   Selain itu, kami juga sedang membuat pengambilan bagi Kampus Johor Bharu (Diploma In Nursing) dan Kampus Pulau Pinang (Diploma In Pharmacy) juga kemasukan dalam bulan FEBRUARI, JULAI DAN SEPTEMBER 2020

KPJUC menawarkan kursus-kursus Diploma In Nursing, Pharmacy, Physiotheraphy, Medical Imaging, Health Information Management serta Foundation. KPJUC menawarkan kursus-kursus tersebut dengan harapan untuk meningkatkan penyertaan anda dalam bidang Sains Kesihatan yang menawarkan banyak peluang pekerjaan sebaik anda menamatkan pengajian. Kami sebutkan di sini bahawa KPJUC yang mempunyai lebih 26 buah hospital pakar memang memerlukan graduan kami untuk berkhidmat di hospital pakar kami.

Kami memerlukan Jururawat, ahli Farmasi, Pengendali mesin imbas, pengendali rekod perubatan dan juga ahli phisioterapi di hospital kami. Ringkasnya, anda telah disediakan peluang pekerjaan sebaik menamatkan pengajian dengan kami. Hospital akan menemuduga anda untuk pengambilan sebagai staf di hospital kami. Ini yang dapat kami sediakan untuk anda dengan syarat anda lulus dengan pointer yang bagus dalam akademik dan praktikal di samping sahsiah yang baik dan diperakukan untuk mencapai tahap hospital kami yang professional. Anda boleh memohon sekarang SECARA ONLINE DALAM PERMOHONAN KAMI.

Koleksiminda adalah Penasihat Pendidikan KPJUC yang sah dan berdaftar. Anda boleh bertanya melalui whatsapps atau email untuk mendapat gambaran dan maklumat yang diperlukan.  Program pengajian Diploma kami mengambil masa 3 tahun dan diluluskan oleh MQA. Sudah berpuluh ribu lulusan kami dan telah bekerja dengan kami. Anda fikir bagaimana? Adakah anda mahu memiliki Diploma tetapi menganggur. Kami tidak suka mendengar perkataan menganggur kerana tujuan anda belajar adalah untuk bekerja. jadi mohonlah segera. Anda boleh melihat soal-jawab mengenai peluang ini di SINI.

Anda boleh melihat syarat-syarat kemasukan di dalam setiap page bagi kursus berkenaan. Setiap mereka yang ditawarkan masuk ke KPJUC kami akan maklumkan di SINI. Jika anda memohon, kami tidak meminta satu sen pun dari anda. Ianya percuma. Kami akan verify samada anda layak atau tidak. Jika layak, sistem kami akan mengeluarkan surat tawaran dan terus dihantar ke email anda.

Mudah bukan. Anda mohon, ditawarkan tetapi tidak mahu masuk kerana memikirkan tawaran lain lebih menarik. Anda bebas membuat pilihan, kami tidak memaksa. Jika anda ingin menukar untuk masuk ke intake seterusnya, kami benarkan, dengan syarat maklumkan kepada kami untuk kami keluarkan surat tawaran yang baru.

Memanglah, sepanjang anda belajar di sini anda akan dibiayai melalui Pinjaman PTPTN. Biasanya sekarang 80% dari yuran pengajian. Bakinya anda boleh gunakan KWSP ibu bapa atau anda boleh berbincang dengan Bahagian Akaun kami untuk mendapatkan cara bayaran yang fleksibel baki bagi pinjaman itu. KPJUC juga ada menawarkan biasiswa dengan berpandukan syarat-syarat tertentu. Satu lagi, Hostel Siswa dan Siswi tahun 1 kami ditempatkan di dalam Kampus, bersebelahan dengan dewan pengajian.

Hostel kami adalah PERCUMA untuk anda. Apa lagi yang terbaik dari ini? Kami persilakan anda memohon sekarang kerana pengambilan adalah terhad kepda 400 orang sahaja untuk intake ini. Mohon sekarang di SINI

Categories
Nursing Pharmacy Uncategorized

Soal-Jawab KPJUC

Soal Jawab Mengenai KPJUC

September 17, 2018 | No Comments 

Salam sejahtera, 

Anda dibawa masuk ke page ini kerana kami ingin menerangkan beberapa perkara mengenai peluang belajar di KPJ University College. Selesai sahaja anda membaca page ini, anda akan diberi pautan (link) untuk meneliti:-

  • Kursus-kursus ditawarkan
  • Ringkasan Kursus
  • Syarat Kemasukan
  • Yuran Pengajian
  • Panduan kemasukan dan lain-lain maklumat
  • Borang Permohonan Online

NAMUN, anda perlu terus membaca maklumat yang ingin saya kongsi di bawah ini.

Apakah Kursus Yang Ditawarkan?

  • Diploma Kejururawatan,
  • Fisioterapi,
  • Farmasi,
  • Pengimejan Perubatan,
  • Pengurusan Rekod,
  • Operasi Dewan Bedah.
  • Asasi Sains
  • Ijazah Kejururawatan,
  • Farmasi,
  • Fisioterapi,
  • Pengimejan Perubatan,
  • Psikologi,
  • Perniagaan,
  • Komunikasi Korporat dan
  • Terapi Pekerjaan.

Adakah Anda Layak?

Sila lihat syarat-syarat kemasukan yang diberikan dalam setiap page perincian kursus.

Bila Pengambilan di buat?

Setiap Februari/Mac Setiap Jun/Julai Setiap September

Di mana Hendak Memohon? Permohonan sentiasa dibuka di halaman Koleksiminda 

Berapa Lama Dapat Keputusan? Bergantung kepada berapa cepat pegawai meluluskan. Biasanya 2 minggu selepas permohonan.

Jika, gagal? Pemohon akan dimaklumkan melalui email. Sila semak email anda termasuk dalam spam/junk folder.

Jika Lulus dan Mendapat Surat Tawaran?

Nama anda akan dimuatnaik di SINI dan Surat Tawaran akan di email ke email anda. Semak juga dalam spam folder. Pastikan email anda adalah benar dan boleh digunakan.

Bolehkah Merayu?

KPJ menggunakan sistem pemilihan. Jika gagal memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh MQA maka ia akan gagal.

Jika pernah memohon, bagaimana untuk memohon semula?

Jika pernah memohon, sila hubungi nombor ini 0129026198 atau 0173924460 melalui Whatapps atau Mesej, tulis nama penuh anda dan nyatakan hasrat anda untuk mendapatkan surat tawaran baru.

Kenapa Lebih Baik memohon Melalui KOLEKSIMINDA? Pegawai-pegawai koleksiminda akan maklumkan kepada anda melalui Mesej/Whatapp, boleh berbincang dan memberi maklumat status permohonan dan surat tawaran 24 jam.

Jika ditawarkan, apa perlu anda buat?

Buka email dan muatturun 2 fail utama- Surat Tawaran dan Panduan Kemasukan. Cetak Surat Tawaran dan ada BORANG PENERIMAAN bersamanya. Cetak borang-borang Biodata Pelajar, Borang PTPTN, Borang Medical Check-up yang ada di dalam Panduan Kemasukan. Lengkapkan Borang Penerimaan, tick hadir jika hadir, tick tolak, jika tolak. Email borang penerimaan ke accept@kpjuc.edu.my dan ke koleksiminda@gmail.com Lengkapkan borang Medical Check-up dan buat medical check-up samada di Hospital KPJ atau Hospital Kerajaan sahaja.

Berapa Yuran Kemasukan?

RM 500 sahaja- Sila buat bayaran melalui Bank Draf atau bank-in ke akaun KPJUC. Maklumat akaun diberi dalam bahagian Panduan Kemasukan.

Bagaimana penginapan?

Pelajar lelaki dan perempuan diberi penginapan di dalam kampus, percuma. Terdapat asrama lelaki dan wanita yang berasingan.

Peraturan Berpakaian?

Pakaian mesti menutup aurat dan tidak menjolok mata. lain-lain pakaian uniform bergantung kepada arahan semasa jabatan masing-masing. Tatakelakuan dan personaliti? Kod etika perlakuan harian dan kehadiran kelas dan praktikal adalah menjadi komponen dalam penilaian setiap pelajar yang mesti dipatuhi.

Kemudahan Hostel?

Katil, tilam, meja, kerusi dan almari disediakan. Yang lain disediakan oleh pelajar. Terdapat perkhidmatan dobi berbayar di hostel.

Bagaimana jika ingin menukar kursus?

Menukar kursus dibenarkan tetapi tidak digalakkan. Anda perlu melihat peraturan dan panduan di dalam Panduan Kemasukan.

Bagaimana Orientasi?

Akan diadakan pada minggu pertama sehari selepas pendaftaran. ianya wajib hadir Taklimat akademik dan lain-lain diberikan.

Pinjaman PTPTN?

Sila pastikan anda mempunyai akaun SSPN PIN PTPTN dibeli semasa di kolej dalam minggu orientasi. Permohonan dibuat secara BERKELOMPOK di Kolej dengan bimbingan Pegawai. Pastikan akan mempunyai semua dokumen diri, ibu dan bapa serta slip gaji/penyata pendapatan atau pengesahan pendapatan.

Berapa lama baru dapat PTPTN?

Biasanya 3 bulan. Bergantung kepada PTPTN dan dokumen yang lengkap atau tiada masalah.

Bagaimana jika PTPTN tidak mencukupi untuk Yuran Pengajian?

Anda/ibu bapa perlu berbincang dengan kolej untuk ‘top-up’ baki bayaran tersebut. Penggunaan KWSP atau lain-lain sumber digalakkan. Kolej akan mengeluarkan surat pengesahan untuk kegunaan bagi tujuan tersebut.

Peluang Kerjaya?

Biasanya pelajar berpeluang bekerja dengan Hospital KPJ apabila tamat pengajian tetapi tidak secara oromatik. Proses permohonan dan temuduga biasa akan dilakukan. Pelajar juga boleh memohon kerja di tempat lain. Hubungi  0129026198 atau 0173924460 jika ada pertanyaan lain.

Terima kasih